7 CARA IBLIS MENGGANGGU MANUSIA
1. Iblis yang datang pada golongan pertama ini menggoda manusia yang pada saat hidupnya sangat rakus dan tamak, maka iblis itu akan menyerupai emas perak, berlian dan macam-macam perhiasan, tapi kadang-kadang pula berupa makanan dan minuman yang lazat dan bila manusia itu mati dalam keadaan setelah godaan ini, iaitu lalai, lupa kepada Allah SWT maka mati dalam keadaan ini adalah mati dalam keadaan fassik dan munafik, nerakalah tempatnya.
2. Pada golongan kedua ini, Iblis akan merubah dirinya menjadi binatang
yang ditakuti orang yang akan digodanya, dan apabila orang yang
sakaratul maut itu memandang binatang tersebut maka iapun akan meraung
dan melompat kerana takut, seketika itu juga putuslah roh dari badannya.
Maka mati dalam keadaan ini adalah mati dalam keadaan fassik dan
munafik, nerakalah tempatnya.
3. Golongan ini iblis akan menyerupai seperti binatang yang menjadi
kesukaan orang yang sedang sakaratul maut, kalau orang yang akan mati
itu menyukai burung maka iblis akan menyerupai burung dan apabila tangan
orang yang akan mati itu meraba kepada binantang tersebut dan kemudian
ia meninggal, maka ia mati dalam keadaan lalai dan lupa kepada Allah,
nerakalah tempatnya.
4. Manusia yang mati dalam golongan keempat ini, iblis akan datang pada
rupa orang yang paling dibencinya, maka orang yang akan sakaratul maut
itu akan timbul rasa kebenciannya kepada orang yang dilihatnya itu dan
berusaha membunuhnya, maka ia akan lalai dan lupa kepada Allah, dan
nerakalah tempatnya .
5. Pada golongan kelima ini iblis akan datang menyerupai orang
terdekatnya, misalnya orang tuanya yang membawakan makanan dan minuman.
Orang yang sedang sakaratul maut itu kebetulan dalam keadaan haus dan
lapar, lalu ia pun mengambil makanan dan minuman yang dibawa orang
tuanya itu yang tak lain adalah jelmaan iblis, dengan rayuannya iblis
berkata: wahai anaku, inilah makanan dan minuman yang kami bawakan
untukmu ambilah bekal ini dan berjanjilah engkau akan mengikuti kami
dengan menyembah tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak bercerai
berai sekarang marilah kita menuju syurga. Dan diapun mengikuti rayuan
iblis tersebut tanpa berfikir lagi dan jika pada masa itu ia mati, maka
matilah ia dalam keadaan kafir. Dan kekallah ia didalam neraka.
6. Pada golongan keenam ini iblis akan menyerupai seorang ulama yang
dikagumi kemudian ia berkata: wahai muridku lamalah sudah kami menunggu
mu rupanya kamu sedang sakit disini. Oleh sebab itu kami bawakan padamu
ubat dan tabib. Lalu diminumlah ubat itu oleh orang yang dalam sakaratul
maut tersebut dan hilanglah rasa sakitnya. Selepas itu Iblis berkata:
Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan terbuka untukmu. Dan ketika
tirai dibuka maka terlihatlah suatu benda yang sangat besar,
seolah-olah lebih besar dari langit dan bumi dan berkatalah Iblis,
itulah Dzat Allah yang patut kita sembah. Dan berkatalah orang itu,
wahai guruku, bukankah ini benda yang sangat besar, tapi benda ini
mempunyai enam sudut, iaitu kiri dan kanannya. Serta depan dan belakang.
Sekarang apakah benda ini yang patut aku sembah? Dalam keraguan dan
kekaguman itu maka datanglah malaikat maut mencabut nyawanya, maka
matilah orang itu dalam keadaan kafir. Dan ia akan kekal didalam neraka.
7. Rombongan iblis yang ketujuh ini terdiri dari 72 barisan. Hal ini
sesuai dengan hadits Rasulullah bahawa umat beliau akan terbahagi
menjadi 73 golongan. Dan hanya satu golongan saja yang diterima Allah,
dan 72 nya tidak diterima Allah. Maka iblis dengan 72 barisannya ini
agan mengganggu dengan pelbagai cara.
Sumber: http://pulsk.com/267127/7-Cara-Iblis-Menggangu-Manusia-Ketika-Sakaratul-Maut.html
0 komentar:
Posting Komentar